Monday, November 30, 2009

Amende??

Ada lebih kurang 2 minggu juga lah aku tak update blog. Berpura-pura sibuk serta tiada idea telah dikenalpasti sebagai puncanya.
Aku baru habis menduduki exam untuk Projek Systems Management (PSM) dan telah gagal untuk mendapat 100 markah. Tapi berjaya lulus dengan cemerlang dan mendapat sijil PSM. Faham tak??
Sekarang hanya tinggal 1 lagi sijil iaitu ITIL. Dan dijangka aku akan keluar dari Puncak Perdana secara rasminya pada 9hb nanti.
Sementara itu, di England.....persaingan merebut EPL semakin hangat. Liverpool boleh dikatakan secara rasminya terkeluar dari persaingan merebut kejuaraan EPL. Manchester United menang 4-1 ke atas Portsmouth. Tiga gol dari Rooney dan gol peribadi ke 100 dari Ryan Giggs untuk Manchester United. Phewwww
Arsenal yang aku harap-harapkan supaya mengalahkan Chelsea akhirnya tersungkur di Emirates. Ceh. Tak guno. Nampaknya Chelsea agak mantap ketika ini. Tapi tak apa, Drogba, Essien dan bintang-bintang Afrika lain akan menghadapi Piala Afrika tahun depan. Tahulah nasib Chelsea tahun depan. Erk888
Sudah la tu pasal bola. Selamat Hari Raya Aidiladha. Harap tak terlambat sangat.

Wednesday, November 11, 2009

3 in 1

Puncak Perdana n Shah Alam
1- Ah-ha, kesibukan tahap gaban laut menyebabkan aku malas nak update blog ini..
2- Final exam sudah habis.....sekarang tunggu program 3P jek...no more final exam.....
3- Group System Analysis aku...Dinexus dah pun selamat present system kami......developed by me.....erk888
4- My mom enter hospital....now at HKL......hopefully she get well soon...Amin
Piala Malaysia
Tahniah kepada Negeri Sembilan merangkap kampung aku (balik time raya jek) kerana telah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 61 tahun...lamo bona tu jang...elok la tu.......dah macam Liga Argentina aku tengok final Piala Malaysia hari tu....bukan pasal corak permainan...tapi dengan dentuman mercun dan bunga api....patut pun bomba dah tunggu situ.....Tahniah juga kepada bekas kapten Selangor Shukor Adan (pernah masuk promo Football Asia kat ESPN) kerana muncul sebagai Pemain terbaik perlawanan.....Jangan risau, tahun ni Selangor dah treble...tahun depan quadruple plak.....erk888
EPL
1- Chelsea begitu berbangga sekali dapat mengalahkan Manchester United di Stamford Bridge. Manchester United jelas tidak bernasib baik pada perlawanan tersebut, banyak percubaan tersasar.....tapi tak ape, Drogba kena penyepak kat dada dengan Jonathan Evans .....padan muka....erk888.....
2- Apa nak dirisaukan, tahun depan Piala Afrika, Chelsea dan kelab-kelab lain yang banyak guna pemain Afrika akan tahu nasib mereka masa itu....
3- Dengar-dengar Pak Alex Ferguson nak beli Villa dan Silva dari Valencia apabila transfer window dibuka Januari nanti, jika menjadi kenyataan......nampak gayanya trofi EPL akan kekal di Old Trafford untuk semusim lagi, erk888.
4- Liverpool terus bermasalah nampaknya, kali ini seri pula, M. Karathu baru kena buang dengan Perak, boleh kot ambik beliau ganti Rafael Benitez???

Sunday, November 1, 2009

Rock The World 9

Dah lama tak tulis pasal gig/konsert kat blog ni....

Rock The World---the Malaysian Woodstock...(ye ke>>???) kembali untuk edisi ke 9 pada 19 Disember ini, cuma tempat kali ini tak berapa nak rock.....Sunway Lagoon.wtf. Aku lagi suka tempat tahun lepas.


Poster pun dah ala-ala Jom Heboh nampak...


Nak pergi atau tidak....tengok la dulu. Kalau Jason Lo tukar venue sama macam tahun lepas, peratusan untuk aku pergi akan meningkat kot.


Untuk review Rock The World 8....sila ke sini

Thursday, October 29, 2009

Konspirasi

Bagero punya jadual exam......ada ke paper 2 hari berturut-turut....selang sehari pun dah sakit otak...........

Mai chow chi bai

Tuesday, October 13, 2009

Alternatif kepada website FAM

Aku sangat memahami yang peminat bolasepak Malaysia semakin berkurangan di negara Malaysia ini....hanya mereka dari negeri seperti Perlihhhh, Kedah, Perak, Selangor, N.Sembilan, Kelantan dan Terengganu sahaja yang masih mengikuti perkembangan Liga Malaysia- Syoknya Bola yang dah tak berapa syok dah la ni.....nak salahkan rakyat Malaysia memang la tak boleh......marilah kita menyalahkan FAM 500% dalam hal ini...
Dengan format pertandingan yang bertukar ikut suka hati makcik belah bini dia jek.......ditambah dengan Presiden yang dah tak reti-reti nak resign......(dipercayai FAM merupakan satu-satunya persatuan bola sepak di dunia yang mempunyai Presiden Seumur Hidup).......corak permainan yang kurang menarik....huh....kalo aku tulis kat sini alamatnya tak siap la assignment aku nih.....
Tetapi, selaku penyokong Red Giants yang setia dan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, maka aku tetap menyokong bolasepak Malaysia walaupun dibalas dengan pencapaian yang kadang kala masyaAllah...tak sampai hati aku nak tulis kat sini...tengok sendiri lah ranking Malaysia kat FIFA sekarang......
Perkara paling penting dalam organisasi di zaman ICT ini adalah laman web...tetapi kepada yang selalu menjenguk ke laman web FAM mungkin tahu betapa hampehnya web FAM ini....dengan maklumat yang tak update.......result perlawanan jangan cerita lah.....jangan mimpi la nak compare dengan laman web EPL yang update setiap kali gol...siap ada analisis lagi.......huh...
Kepada penggemar bolasepak Malaysia yang inginkan update keputusan bola sepak Piala Malaysia yang lebih pantas dan lebih gaban daripada website FAM boleh la ke laman blog ini.....keputusanbola.blogspot.com .......tahniah kepada admin blog ini yang masih menyokong bolasepak Malaysia........
Akhir kata...kepada Majlis Tertinggi FAM.....aku pun dah nak grad ni...apa kata suruh aku dan rakan-rakan jek yang manage web FAM tuh....dijamin kalau tak lebih pun, mungkin menyamai level web Soccernet......huh

Terrrrr

Dah lama aku tak update blog ini....ada dekat seminggu lebih jugak r....kalau la blog ini macam kipas dalm bilik aku...dah bersawang agaknya blog ini....woi Nizam Arjuna bila nak cuci kipas kat bilik kita ni hah.....


Sekarang merupakan masa yang sangat kritikal bagi aku dan rakan2 .....final sem yang cukup memeritkan....dengan assignment + final project yang bertimbun2.....test lagi......sakit kepala aku memikirkannya......


Jadual exam pun dah keluar...paper aku pada 30 dan 31 Okt serta 10 Nov....final exam terakhir di UiTM ni....insyaAllah....lepas tu ada program 3P lak.....dengar cite seminggu...tak tahu la betul ke tak.....


Ok la....nak sambung wat assignment.....

Sunday, October 4, 2009

??

It's gonna be okay

Can't afford another day

Fifty bytes per second

I always seen your eyes

But I never heard your voices

But I think I like it...

Instant messaging me with a promise

I can feel it....I can tell you're gonna be

My eyes are gone strain

My hearts is feeling pain

Fifty beats per second

I always seen your eyes

But I never heard your lies

But I think I like it......